Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Lovehunters - Blues Untuk Rakyat

Analisa - Figura Cinta


Lagu Figura Cinta merupakan salah satu daripada beberapa lagu hits kumpulan Analisa yang dipetik dari album sulung mereka berjudul Palestin pada tahun 1991. Album ini adalah keluaran ASP Record. Lagu dan lirik untuk lagu Figura Cinta dicipta oleh Yusno. Vokalis album ini Azmir adalah Amir UKS yang lu orang kenali sekarang.

Erat - Fantasia Cintamu


Lagu Fantasia Cintamu dipetik dari album pertama kumpulan Erat yang turut menggunakan nama Erat sebagai tajuk album. Album keluaran Polygram Records ini telah diterbitkan oleh Roy (penyanyi lagu patriotik yang lu orang kenali sekarang). Kumpulan Erat telah menampilkan Hafiz sebagai vokalis di mana sebelum itu Hafiz pernah muncul dengan sebuah album solo yang popular dengan lagu Ku Kehilangan. Lagu Fantasia Cintamu ini turut dicipta oleh Hafiz dan Sham.

Lovehunters - Blues Untuk Rakyat


"ini bukan lagu protes... hanya blues untuk rakyat" lagu berirama blues ini turut menjadi tajuk album ketiga untuk kumpulan trio berasal dari Singapura ini. Dianggotai oleh Yazid (vokal & bass), Moliano (gitar) dan Saha (drum), mereka antara kumpulan dari Singapura yang aktif merakamkam album pada masa itu dan telah mendapat sambutan yang cukup baik. Album ini bukan sahaja telah diterbitkan oleh Ramli Sarip pada tahun 1991 malah Ramli Sarip sendiri turut berduet di dalam lagu ini.