Pages

Rock Kapak: Anggerik Impianku

Kali ini Rockgempak akan dipenuhi dengan lagu rock kapak yang menarik tetapi kurang popular.

Justice - Anggerik Impianku

Dengarkan lagu hits dari Justice, kumpulan yang berasal dari Singapura.

Staccato - Kedinginan

Lagu Kedinginan ciptaan Azhar dan lirik oleh Ahmad dipetik dari album sulung Staccato berjudul Kedinginan pada tahun 1992. Album ini diterbitkan oleh Mokhtar Latif dan dikeluarkan oleh Pustaka Muzik NSR. Kumpulan Staccato berasal dari Melaka.

Kalahari - Kesucian Cinta Tiada Tandingan

Tak banyak yang gua tau pasal kumpulan ni. Lagu ini dipetik dari album sulung Kalahari pada tahun 1990 yang turut menggunakan tajuk yang sama iaitu Kesucian Cinta Tiada Tandingan.

Mercury - Hanya Keranamu

Hanya Keranamu juga merupakan tajuk album sulung kumpulan Mercury pada tahun 1994. Kumpulan yang bernaung di bawah syarikat Red Tomato Management ini dianggotai oleh Boy (vokal) Zam Stone (gitar) Fendi (bass) Zool (drum). Boy merupakan bekas vokalis kumpulan Susila. Zam Stone pula kini menganggotai kumpulan Barongan. Album Mercury ini telah diterbitkan oleh Kiya (gitaris kumpulan Vagrant)

3 comments:

  1. Anonymous11:44 AM

    Penah dengar kumpulan selsius?Entah macam mana ejaannya lupa da. Tapi lagu serigala jadian dia boleh tahan jugak.

    ReplyDelete
  2. aku pernah dgr nama kumpulan Selsius tu. tapi aku tak ada album diaorang. lagu slow yg top sejarah sebuah cinta.

    ReplyDelete
  3. band staccato punye album ade tak....upload la...

    ReplyDelete