Lagu Hidup Metal Rock dipetik dari album sulung Hidayu berjudul Perjanjian pada tahun 1990 . Album tersebut diterbitkan oleh Awang BPR di bawah label M Productions. Difahamkan M Productions adalah syarikat milik Man (pemain drum May). Lagu ini salah sebuah dari lagu fast dari album tersebut. Vokalis mereka adalah Tajul (yang kini dikenali sebagai Tajul FTG). Sebuah album hard rock yang menarik tetapi kurang mendapat sambutan. Tak rugi kalau lu orang nak layan balik album tersebut.
Jessica - Melati Putih
Jessica - Melati Putih
Sebuah lagi kumpulan yang muncul pada tahun 1991. Mungkin lu orang pun tak pernah dengar nama kumpulan ini, apa lagi nak dengar lagu mereka. Tak mengapa, hari ini boleh layan. Sebelum memakai nama Jessica, mereka dikenali dengan nama Sallam dan pernah muncul dalam kompilasi album Batu Batu Perjuangan. Lagu ini dipetik dari album sulung mereka yang berjudul Melati Putih. Diterbitkan oleh Man Kidal dan dibantu oleh Arab. Album keluaran Warner Music ini turut memuatkan banyak lagu menarik ciptaan Man Kidal, Rosli Ali, Arab, Awang BPR dan Aidil Alfian.
Saxo - Ciptakan Kenyataan
Saxo - Ciptakan Kenyataan
Tak perlu diperkenalkan lagi tentang kumpulan 'thrash' dari Batu Gajah, Perak ini. Lahir dari pertandingan Bintang BoxOffice anjuran Ali Bakar pada tahun 1988 dan berpeluang merakamkan lagu dalam album kompilasi Hikayat Rok dan Pancakara di Cakrawala sebelum merakamkan album solo pada tahun 1990 berjudul Satu Perjuangan. Lagu ini salah satu lagu terbaik dari mereka yang turut menampilkan suara Zulkif (bekas pemain gitar Headwind) pada penghujung lagu tersebut. Sayangnya kumpulan ini tidak bertahan lama dan sempat merakamkan album ini sahaja.