Lagu ini juga menjadi tajuk album bagi album sulung Riyadh yang sebelum itu pernah merakamkan lagu menerusi album kompilasi Hikayat Rok dan Pancakara Di Cakrawala dengan menggunakan nama D'Riyadh. Dianggotai oleh Akhil, Jeffrey Lee, E'e dan Eman. Mereka merupakan antara peserta pertandingan akhir Bintang Box Office 88.
Mendengar lagu ini pasti lu orang akan teringatkan lagu dari Metallica berjudul Welcome Home Sanatarium. Track pertama dari album sulung Teras ini benar-benar menggegarkan. Kemantapan vokal berserta muzik menjadikan album ini antara album heavy metal terbaik tempatan yang pernah gua miliki. Barisan pemuzik mantap kumpulan ini terdiri dari Acey, Ayuz, Edyta, Ayem dan A.A Zul juga mencipta sendiri sebahagian besar lagu dalam album ini.
Ruhil Amani - Dunia Pelarian
Dipetik dari album kedua Ruhil Amani berjudul Anak Dunia pada tahun 1989. Album yang agak kurang menonjol berbanding album pertama beliau. Lagu ini antara lagu yang gua minati dalam album ini selain dari lagu Kehilangan dan Anak Dunia.