Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Desire - Wau Bulan

Burnmarks - Seruan Kasih


Lagu Seruan Kasih merupakan sambungan kepada lagu Secebis Rayuan yang pernah popular sebelum itu. Lagu ini dipetik dari album ketiga Burnmarks yang berjudul Asmara pada tahun 1990. Kumpulan Burnmarks menggunakan nama Naja untuk album kedua mereka. Lagu ciptaan Joe dan lirik oleh Jeff ini adalah killer songs di dalam album tersebut yang merupakan album terakhir Burnmarks. Line-up Burnmarks dalam album ini terdiri daripada Joe (lead gitar), Sham (2nd gitar), Jeff (vokal), Aub (bass) dan Amy (drum).

Desire - Wau Bulan (Instrumental)


Instrumental yang menampilkan petikan gitar dari Razli dipetik dari album ketiga Desire bertajuk Kata Kata Kata pada tahun 1990. Menerusi album ini, sekali lagi Desire menukar vokalisnya. Kali ini tugas sebagai vokalis digalas oleh Eury Khan. Selain beliau, anggota lain masih lagi kekal dengan Razli (gitar), Zuki (bass) dan Bidin (drum).

FRU - Di Hari Mindaku Terbuka


Kumpulan FRU bukanlah sebuah kumpulan yang sangat popular satu ketika dulu. Namun lagu ini sering ke udara di corong-corong radio pada masa itu. FRU adalah singkatan kepada Five Rockers Union di mana jika lu orang ingat vokalis mereka adalah Hattan. Selain itu kumpulan FRU juga adalah kumpulan asal untuk dua anggota kumpulan Mega iaitu Mat Mega (bass) dan juga Munir (drum). Album kumpulan FRU ini diterbitkan oleh S Amin Shahab.