Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Rahsia Tapi Nyata

Handy Black - Mahound Dunia

lagu dari album kedua Handy Black berjudul Tangan Hitam. keras gila album ni. kebanyakkan lagu dalam album 'diharamkan' penyiarannya di radio akibat cara nyanyian yang keras. Handy Black dianggotai oleh Isa Rahman, Rosli, Bad dan Amy.

Garuda - Rahsia Tapi Nyata
Isa Rahman meneruskan perjuangan bersama kumpulan Garuda. kali ini bersama Zaini, Man Tobey dan Yem Sambora. sayangnya kumpulan Garuda hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja. Album terbitan Samad (Lefthanded) yang berjudul Bahtera Mahkota ini boleh dikatakan mantap dengan barisan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal antaranya ramli sarip, rosli ali, man kidal, m nasir, yan dan samad sendiri.

Okid - Khilaf
tak banyak yang gua ingat pasal kumpulan ni. mereka cuma sempat merakamkan sebuah album sahaja pada tahun 1992. lagu popular mereka berjudul Derita yang mengisahkan penderitaan terhadap kanak-kanak. lain kali gua letak lagu tu. kali ini dengarkan dulu lagu Khilaf ciptaan Awang BPR.

Tag:

Rock Kapak: Syurga Di Hujung Jarum

Sofea - Syurga Di Hujung Jarum

Tak sah rasanya bergelar rockers kat Malaysia kalau tak dengar lagu SYJ SOFEA ni. lagu ni dari album ketiga Boneka Pentas.

Riyadh - Hanya Ketenangan

sedih, sayu dan pilu mendengar lagu ini. Inilah antara lagu-lagu terakhir nyanyian Akhil semasa menjadi penyanyi rock (kini bergelar Ust Akhil Hayy Rawa). lagu dipetik dari album Media 88-89. memang layan album ni. sampai sekarang ramai yang masih mencari-cari semula.

Zodiak - Bintang Hati


kumpulan Zodiak dari Kelantan ini cuma dapat menghasilkan sebuah album sahaja bertajuk Bintang Hati pada tahun 1989. kebanyakkan lagu dan lirik dalam album ini ditulis oleh vokalis mereka sendiri iaitu Nik Azlie.

Desire - - + x /

sebuah lagi kumpulan tersohor dari Kelantan. lagu ini dipetik dari album kedua mereka yang juga menggunakan tajuk - + x /. album ini popular dengan lagu Bias Cinta. dah selalu sangat dengar lagu Biasa Cinta tu kan... so kita layan lagu ni plak! gua minat kumpulan Desire ni sebab muzik mereka yang keras pada masa itu.

Tag:

Rock Kapak: Mengukir Impian

Keno - Mengukir Impian

Kumpulan Keno diketuai oleh Man Greng (ex-bassist Gersang). Lagu ni popular pada tahun 1992. Gitaris kumpulan pula adalah Kiya (ex-gitarist Vagrant). Album sulung Keno ini diterbitkan oleh Man Greng sendiri sementara Rahim Maarof bertindak sebagai penerbit vokal.


Lord Justice - Cinta Berakhir

Lagu ni pernah dinyanyikan oleh Ella &The Boys. dinyanyikan semula oleh kumpulan Lord Justice yang mana gitarisnya adalah Lord sendiri (gitaris kumpulan Ella & The Boys). Vokalis Lord Justice ialah Atie (Moshek)


Tag:





Rock Kapak: Terkunci Dalam Sengsara

Jitu - Terkunci Dalam Sengsara

Sebuah lagu yang popular pada pertengahan tahun 1991. tak banyak yg gua tahu pasal kumpulan ni tapi lagu mereka ini kerap diputarkan dicorong-corong radio pada masa itu. Lagu Terkunci dalam sengsara ini dipetik dari album Jitu berjudul Etika Masa.


Melissa - Kesan Cinta

Album pertama Melissa ni keluar tahun 1990 berjudul Pendirian. dah hujung-hujung camtu lah. sebab tu lagu diaorang top masa 1991. lagu yang first sekali keluar radio masa tu ialah Cinta Untuk Nabila. tapi kenapa gua tak letak lagu cinta untuk nabila kat sini??? sebab lagu slow rock dalam album Melissa ni semua sedap-sedap. selain Kesan cinta ni ada lagu Lambaian Sayonara dan Wajahmu Di Mataku. Keseluruhannya 4 lagu slow rock dalam album semuanya biasa dimainkan oleh dj-dj radio pada masa tu dan album ni boleh dikatakan berjaya.

CRK - Kita Yang Bernama Manusia

CRK adalah sebuah kumpulan yang popular sekitar tahun 1991. Hingga sekarang lagu mereka Cita Dan Airmata masih lagi berhantu dan terus diminati. tapi hari ni gua nak perdengarkan satu lagi lagu yang turut dimuatkan dalam album sulung CRK berjudul Anugerah.
CRK dianggotai oleh Kamal (vokal), Syam (gitar), eddie (bass), Syamrani (keyboard) dan Ujang (drum). kalau dapat dilihat Syam adalah bekas pemain gitar kumpulan Wings dalam album Belenggu Irama.

Tag: