Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Terkunci Dalam Sengsara

Jitu - Terkunci Dalam Sengsara

Sebuah lagu yang popular pada pertengahan tahun 1991. tak banyak yg gua tahu pasal kumpulan ni tapi lagu mereka ini kerap diputarkan dicorong-corong radio pada masa itu. Lagu Terkunci dalam sengsara ini dipetik dari album Jitu berjudul Etika Masa.


Melissa - Kesan Cinta

Album pertama Melissa ni keluar tahun 1990 berjudul Pendirian. dah hujung-hujung camtu lah. sebab tu lagu diaorang top masa 1991. lagu yang first sekali keluar radio masa tu ialah Cinta Untuk Nabila. tapi kenapa gua tak letak lagu cinta untuk nabila kat sini??? sebab lagu slow rock dalam album Melissa ni semua sedap-sedap. selain Kesan cinta ni ada lagu Lambaian Sayonara dan Wajahmu Di Mataku. Keseluruhannya 4 lagu slow rock dalam album semuanya biasa dimainkan oleh dj-dj radio pada masa tu dan album ni boleh dikatakan berjaya.

CRK - Kita Yang Bernama Manusia

CRK adalah sebuah kumpulan yang popular sekitar tahun 1991. Hingga sekarang lagu mereka Cita Dan Airmata masih lagi berhantu dan terus diminati. tapi hari ni gua nak perdengarkan satu lagi lagu yang turut dimuatkan dalam album sulung CRK berjudul Anugerah.
CRK dianggotai oleh Kamal (vokal), Syam (gitar), eddie (bass), Syamrani (keyboard) dan Ujang (drum). kalau dapat dilihat Syam adalah bekas pemain gitar kumpulan Wings dalam album Belenggu Irama.

Tag:

No comments: