(image: credit to blog Cromirama)
Classmate - Hey Edora... Awas Sang Buaya
Jati - Athira
Laman Lagu Rock Kapak
Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu. |
| Blog ini sekadar perkongsian hiburan dan informasi. Ianya diwujudkan bukan untuk mengaut sebarang keuntungan dari sumber-sumber hiburan yang dimainkan dan kami tidak memaksa anda untuk menanggung kos operasi yang kami tanggung. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau masalah yang ditanggung selepas menggunakan apa juga bahan-bahan di dalam blog ini. Harap maklum. |