Pages

Terkini



Rock Gempak

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang best. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berubah, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi minat ramai. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang menjadi pujaan gua ketika itu.

Rock Kapak: Jati - Bitara Cinta

Telah hampir 7 bulan blog RockGempak wujud dan sambutan dari anda para pengunjung amat positif sekali. Banyak maklumbalas yang aku terima melalui email mengatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan isi kandungan blog ini. Buat yang telah hantar email tapi aku belum sempat balas harap bersabar. Dalam pada itu tidak kurang pula yang memperlekehkan usaha aku ini. Mereka mengganggap usaha aku menaikkan kembali irama rock kapak ini tidak akan mendapat sambutan dan hanyalah sia-sia. Tidak semudah itu aku akan mengalah. Selagi berupaya, blog Rockgempak ini pasti akan aku kemaskini dari masa ke semasa.

Sebenarnya irama rock kapak masih mendapat sambutan yang meluas dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlah kebanjiran album-album kompilasi rock kapak tetap mendapat sambutan dan kemunculan semula artis-artis rock kapak sentiasa dinanti-nantikan.


Lela - Baizura

Kumpulan Lela adalah sebuah kumpulan remaja yang mula muncul dalam industri hiburan sekitar penghujung tahun 1992. Kumpulan yang berasal dari Melaka ini menggabungkan remaja dari Melaka dan Johor. Album pertama mereka yang menggunakan judul Lela telah berjaya mendapat sambutan yang baik dengan lagu popular Bidadari. Lagu Baizura ini pula dipetik dari album kedua Lela berjudul Motivasi 2 pada tahun 1994.

Jati - Bitara Cinta

Lagu ini dipetik dari album sulung kumpulan Jati berjudul Cengkaman pada tahun 1991. Album terbitan Zman Production ini mendapat khidmat Man Senoi selaku penerbit dan diedarkan oleh Sinar Muzik. Terdapat beberapa lagu yang hebat dalam album ini selain lagu Bitara Cinta iaitu lagu Athira, Dilema Kepulanganmu dan Lalu Tertawa.

Helter Skelter - Kepadamu Cinta

Lagu ciptaan Awang BPR ini dipetik dari album Helter Skelter berjudul Antologi pada tahun 1991. Kumpulan dari kota Singa ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula menggegar industri hiburan apabila menyertai album Clash Of The Bands. Anggota kumpulan Helter Skelter adalah Raja Azman, Devan, Manaf, Jamal dan Mohammad.

Tag:

Suka Entri Ini?

1 comments:

Zakaria said...

omaigodddd!!!!!!!!!!!!!!!!!lagu yg saya carik carik!! i cannot believe my luck my eyes my ears..my hands...my soul...my lung...my foot....odear! you are my saviour...jap nak dengar balik lagu ni sampai abis ke sekerat...gosh dulu time skooling..bawak kaset helter skelter ke sekolah ke tangkap dek pengamas (pengawas) kui kui....ok thanks..u made my day...