Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Pelangi Sutera Ungu

Blackshed - Bermuda
Setelah menukar nama dari Bloodshed kepada Blackshed, mereka telah menerbitkan album yang berjudul Villa Misteri. Dan ini adalah salah sebuah lagu yang turut termuat dalam album tersebut. Tempat Rosdan selaku vokalis telah diganti oleh Farid.


Vagrant - Pelangi Sutera Ungu
Lagu dipetik dari album kedua Vagrant pada tahun 1994. Sama seperti album pertama, kumpulan dari Sarawak ini terus unggul dengan Pelangi Sutera Ungu

Gersang - Bayangan Mimpi
Lagu dengan susunan muzik yang menarik ini dipetik dari album ketiga Gersang berjudul B29 pada tahun 1989. Lagu ciptaan Noordin Taib (Search) ini antara lagu yang popular dari album tersebut selain lagu Bersama Suara Hati.

Rock Kapak: Cerucuk Rapuh Menggugur Impian

Laksamana - Hadirlah Kasih
Dari album pertama Laksamana - Syukur (1991) yang turut memuatkan lagu-lagu hits Gugurnya Bunga Cinta dan Akulah Kekasihmu. Album diterbitkan oleh Ismail Ahmad Nawab.

Axthara - Cerucuk Rapuh Menggugur Impian

Dipetik dari album sulung Axthara berjudul Cerucuk pada tahun 1991. Pada tahun 1993 Axthara telah menukar nama kepada Samudera.

Masa Scarecrow - Persandingan Abadi
Lagu yang menjadi sandaran dalam album terakhir Masa Scarecrow berjudul Rhythm Mixed pada tahun 1992.

Rock Kapak: Siri Bercakap Dengan Jin

Junction - Tamar Jalis (Siri Bercakap Dengan Jin)
Lagu heavy metal yang dipetik dari album ketiga Junction berjudul Petualang pada tahun 1990. Menampilkan vokalis baru Acid menggantikan Hatta.

Lipan Bara - Arasy
Diambil dari album Lipan Bara berjudul Tandatanya pada tahun 1991. Menampilkan vokalis baru One menggantikan Yell (albino).

Destinasi - Semangatku
Antara lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Destinasi dalam album Rock Galactica keluaran Warnada tahun 1989.

Rock Kapak: Juara Lagu 1991 (part 1)



Malam Anugerah JUARA LAGU 1991 pasti tidak lekang dari ingatan para peminat muzik rock tempatan. Pada tahun itu persaingan rata-rata semua dikalangan kumpulan-kumpulan muzik rock. Kumpulan yang layak bertanding di peringkat akhir adalah Dinamik, Masa Scarecrow, Black Rose, Laksamana, Damasutra, Olan, Kris dan Mega. cuma 3 orang sahaja artis solo yang layak pada malam itu. 3 orang itu juga dari genre muzik rock iaitu Hattan, Ella dan Shima. ternyata ROCK menguasai pertandingan JUARA LAGU 1991 pada malam itu. Pertandingan telah dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada penghujung bulan Disember, 1991.

Klip video di atas memaparkan petikan persembahan artis-artis yang bertanding pada malam itu.


Rock Kapak: Lagu dan nama tempat

Rockgempak kali ini akan diisi dengan lagu rock kapak yang bertemakan nama tempat.

Vagrant - Percikan Cinta Di Dataran Merdeka

Kisah percintaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ini telah diabadikan oleh kumpulan Vagrant dalam lagu mereka ini. Selain muzik yang keras, suara dan gaya nyanyian vokalis Vagrant (Baha) dikatakan mirip kepada vokalis kumpulan Scorpions (Klaus Meine)

Loving Born - Tanjung Puteri
Walaupun mereka bukanlah penyanyi asal lagu ini tetapi Loving Born telah membawakan lagu ini dalam versi rock dengan baik sekali.

SYJ - Yik Foong Blues

Yang gua difahamkan, Kompleks Yik Foong adalah tempat lepak untuk rockers-rockers di Ipoh satu ketika dulu. Maka tidak hairanlah nama kompleks ini dijadikan tajuk lagu SYJ yang merupakan kumpulan rock dari Ipoh. Lagu dipetik dari album SYJ berjudul Khudrat pada tahun 1990.

Analisa - Palestin

Lagu ini termuat dalam album sulung Analisa yang juga menggunakan tajuk Palestin. vokalis kumpulan Analisa ialah Amir (Ukays)

Tag:

Rock Kapak: Lagu Berunsur Sejarah

BPR - 1511

Lagu 1511 menceritakan tentang perjuangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menentang penjajah Portugis pada tahun 1511. Lagu ini dipetik dari album kedua BPR berjudul Bisa pada tahun 1988.

Rusty Blade - Jasa Tok Janggut

Lagu ini pula menceritakan tentang perjuangan Tok Janggut di negeri Kelantan. Hayatilah bersama. Lagu ini dipetik dari album Rusty Blade berjudul Berat pada tahun 1988.

Rajawali - Sumpahan Suci (Mahsuri)
Sumpahan Suci pula menceritakan tentang nasib Mahsuri yang menjadi mangsa fitnah dan kesannya terhadap sejarah Langkawi. Lagu ini dipetik dari album sulung Rajawali pada tahun 1991.

Gersang - B29
B29 adalah nama pesawat yang telah digunakan untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945. Lagu ini dipetik dari album terakhir Gersang yang juga menggunakan tajuk B29 pada tahun 1989.

Rock Kapak: Anggerik Impianku

Kali ini Rockgempak akan dipenuhi dengan lagu rock kapak yang menarik tetapi kurang popular.

Justice - Anggerik Impianku

Dengarkan lagu hits dari Justice, kumpulan yang berasal dari Singapura.

Staccato - Kedinginan

Lagu Kedinginan ciptaan Azhar dan lirik oleh Ahmad dipetik dari album sulung Staccato berjudul Kedinginan pada tahun 1992. Album ini diterbitkan oleh Mokhtar Latif dan dikeluarkan oleh Pustaka Muzik NSR. Kumpulan Staccato berasal dari Melaka.

Kalahari - Kesucian Cinta Tiada Tandingan

Tak banyak yang gua tau pasal kumpulan ni. Lagu ini dipetik dari album sulung Kalahari pada tahun 1990 yang turut menggunakan tajuk yang sama iaitu Kesucian Cinta Tiada Tandingan.

Mercury - Hanya Keranamu

Hanya Keranamu juga merupakan tajuk album sulung kumpulan Mercury pada tahun 1994. Kumpulan yang bernaung di bawah syarikat Red Tomato Management ini dianggotai oleh Boy (vokal) Zam Stone (gitar) Fendi (bass) Zool (drum). Boy merupakan bekas vokalis kumpulan Susila. Zam Stone pula kini menganggotai kumpulan Barongan. Album Mercury ini telah diterbitkan oleh Kiya (gitaris kumpulan Vagrant)

Rock Kapak: Pohon Cinta Berduri

Kumpulan Rajawali berasal dari Muar, Johor. Dianggotai oleh Is (vokal), Zack (gitar), Rain (gitar), Man (bass) dan Zalie (drum). Album Pohon Cinta Berduri yang berkonsepkan progressive rock ini telah diterbitkan oleh Rosli Selasih pada tahun 1991 dan diedarkan oleh Sinar Muzik Production.
pernah menimbulkan kontroversi kerana perebutan nama Rajawali dengan sebuah kumpulan rock dibawah M Nasir, dimana kumpulan tersebut akhirnya dikenali dengan nama Kris yang popular dengan lagu Tiara.

Pohon Cinta Berduri
lagu popular ciptaan Rosli Selasih ini telah berjaya mengangkat nama kumpulan Rajawali ke persada rock tanah air. Pernah menduduki carta-carta utama radio malaysia suatu ketika dulu.

Abadi Sebuah Memori

sebuah lagi lagu yang popular dari album ini.


Patung Bernyawa
sebuah lagu yang diminati oleh penggemar irama-irama keras. kumpulan Rajawali telah membawakan lagu ini dengan baik.

Rock Kapak: Realiti Dan Fantasi

Crossfire - Fatamorgana
kumpulan heavy metal berasal dari Muar, Johor ini melahirkan album sulung mereka berjudul Fatamorgana pada tahun 1988. mendapat sambutan yang hangat dengan keudaranya lagu berhantu mereka Realiti dan Fantasi. album terbitan Samad Lefthanded ini sememangnya sarat dengan barisan lagu yang mantap antaranya Fatamorgana, Hidup Satu, Batu Bersurat, Setelah Kau Tiada. Crossfire dianggotai oleh Aim (vokal), Burn (gitar), Yuss (gitar), Yass (bass) dan Fiq (drum)

Crossfire - Lagenda Gunung Ledang
tahun 1990, Crossfire muncul pula dengan album Erosi. inilah album terbaik Crossfire pada pandangan peribadi gua. dengan barisan lagu-lagu yang cukup menyerlah. masih mengekalkan anggota yang sama, album kali ini menggunakan khidmat Khalid Mobin (Rusty Blade) sebagai penerbit. namun penjualan album ini agak 'slow' di pasaran hingga menyebabkan ura-ura Crossfire akan 'dibubarkan'. apatah lagi dengan penghijrahan Yass dan Fiq ke dalam kumpulan RIO pada tahun 1992.


Crossfire - Generasiku

'sekian lama menghilang dan kini kami kembali beraksi'.. itu lah ungkapan dari Crossfire dengan kemunculan album ketiga mereka berjudul Metonimia pada tahun 1993. album terbitan Crossfire sendiri ini mendapat khidmat Yem Sambora selaku pemain drum. Yem Sambora sebelum itu adalah pemain drum kumpulan Garuda. walaupun keseluruhan album ini boleh dikatakan cuma sederhana sahaja namun ianya cukup bermakna buat peminat-peminat Crossfire.

bersambung...

LinksPage

document destruction
Document shredding and document destruction services.

dreamweaver tutorial
Dreamweaver Tutorials & Training Videos, Step by Step.

Furnace Air Filters
Here's a review of the popular furnace air filters...

article directory
Online article directory, containing free reprint articles on all topics.

Colon Cleanser
Bowtrol is an all natural herbal colon cleansing treatment that has changed hundreds of thousands of people's lives through our gentle and effective whole body safe and effective internal cleansing.

Musica Clasica
Encuentra una fuente para bajar musica y conectate con tu ritmo en tu estilo.

Hit Counter
With our free hit counter service for your website, you get an easy to use counter that displays not only hits but unique visitor. Join now for free and have your counter up and running in seconds.

Weight Loss Patch
Dietrine? Weight-Loss Patch is a cutting-edge, advanced appetite suppressant, metabolism booster, and energy enhancer...all in one!

Dog and Cat Christmas Gifts
Look for the perfect Christmas gift idea and be remembered by your loved ones for life.

Decoracion de Casas
Decora tu casa usando tu imaginacion y vuelvela unica con nuestros consejos.

Article Circuit - Free Articles - Submit Articles - Find Articles
Submit your articles to Article Circuit and have them published all over the internet. Search and find free content for your web site or ezine.

MP3 players.
Find out various tape of MP3 players , selected in the most popular models.

FilmsZ.com
we collect the best Movies,films,clips,videos on the net for you to enjoy!

Free e-cards from 123greetngs.com
Send free electronic greetings, greeting cards, cards, ecards and postcards with quotes and colors. Cards for holidays, birthdays, graduation, romantic, weddings, thank you, love & much much more...

Motorola Ringtones for free
Download free mp3 ringtone,download ringtone cool ringtone in your Cell at free free of cost.

Cheap DVD Movies | Movies DVD | DVD Movies
We have dvd movies related blogs, reviews, web search results, news and products.

Video Games and Computer Technology News
News, and reviews on various computer and online video games and other high tech computer related products.

Beatlesnumber9 Beatles Fan Site
Beatles news, lots of info, lyrics, audio/video clips, huge Beatle store, fourm, midis, historic interviews, biographies, PC Themes, ringtones, freebies, graphics, downloads, free e-cards, games, Beatle trivia - The Disney Land of Beatle Sites.

YourVideoCodes.Com 1000s Of Music Videos Codes
Yourvideocodes.com is one of the webs largest collection free music video code for myspace, anywhere on your blog or profile in any area of MySpace,Live journal, Friendster, asianavenue, etc. All video codes are free and signup is not required

Free Downloadable Ebooks | Download Free Ebooks Online | Computer Books
cheap e-books available to download online from our digital book store. Free offers aon downloadable PDF Ebooks range from SEO Optimization through to Beer and Wine making. Plus many more great electronic Ebooks.

Blog Directory - Add Link

Rock Kapak: Bila Bulan Berwarna Biru

Nobat/SOS - Ke Pangkal Impian
kumpulan yg berasal dari Kelantan ini merupakan pecahan dari kumpulan Desire dan Zodiak. dianggotai oleh Eury Khan (vokal), Shah (gitar), Limi (bass) dan Bidin (drum). Melahirkan album sulung pada tahun 1991 berjudul Ketam Ketam Batu dengan menggunakan nama Nobat. Akibat daripada teguran beberapa pihak mereka terpaksa menukar nama kepada SOS.


Vagrant - Kerana Takdir
salah satu antara kumpulan yang berasal dari Sarawak. dianggotai oleh Baha (vokal), Kiya (gitar), Yen (bass) dan Den (drum). album sulung Vagrant pada tahun 1991 turut mendapat sambutan kerana menampilkan lagu-lagu yang menarik antaranya Kerana Takdir, Adakah Cinta Lagi dan juga lagu Kau dan Aku. best betul dengan suara vokalis ni. ada iras-iras Scorpion skit. sound gitar Kiya pun best gak. Kiya juga pernah menjadi gitaris untuk kumpulan Keno. selain itu juga beliau pernah menerbitkan beberapa album antaranya album pertama kumpulan Mercury (Hanya Keranamu)


Arab & Aidit - Bila Bulan Berwarna Biru
tak perlu diperkenalkan lagi. gabungan AA (Arab dan Aidit) dalam album AA (Anak Alam) telah menghasilkan lagu popular BBBB (Bila Bulan Berwarna Biru), antara salah satu popular tahun 1991. lagu ciptaan Shamsudin Sidek ini sering kedengaran di corong-corong radio dan mendapat kedudukan teratas dalam carta-carta pilihan radio pada masa itu. malahan hingga kini lagu ini masih lagi diminati. kedua-dua mereka juga masih lagi aktif sehingga kini. Arab sering menjadi penyanyi undangan bagi kumpulan Lefthanded, mencipta lagu, selain bekerja dengan salah sebuah syarikat rakaman tempatan. Manakala Aidit Alfian pula giat mencipta lagu dan menulis lirik untuk penyanyi-penyanyi tempatan.


Rock Kapak: Juara Juara Rock 2

May - Derita Bangsa
sapa yang tak kenal kumpulan MAY. sampai sekarang pun masih lagi aktif. kumpulan yang berasal dari kampung Manjoi, Ipoh mula dikenali dalam siri album Juara-Juara Rock ni. dianggotai oleh Mus, Man, Abu dan Yus, mereka menceburi dunia seni ini setelah melihat kejayaan yang dikecapi oleh rakan sekampung mereka iaitu kumpulan SYJ. dalam album siri kedua ini MAY menyanyikan lagu Derita Bangsa dan Bayangan Hidup.

D'Febians - Roda Penghidupan
D'Febians, kemudiannya menukar nama kepada Febians. kumpulan yang pada masa ini sering dikaitkan dengan kumpulan Amuk (yeah yeahhh!!). walaupun ramai yang menyedari Bandi amuk adalah bekas penyanyi kumpulan Febians namun Bandi masih lagi tetap dengan 'no komen'. so gua pun malas lah nak komen apa-apa. tapi yang pasti Nashabandi Jumat ni adalah seorang penyanyi rock yang mempunyai mutu nyanyian yang baik. dalam album siri kedua ini D'Febians menyanyikan lagu Roda Penghidupan dan Kehilangan.


Metallian - Segala Untukmu
lagu slow yang paling gua minati dalam album ni. nyanyian Thana, vokalis kumpulan Metallian. selepas siri album Juara-Juara Rock, Metallian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti. setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan kumpulan WOW yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. gitaris Metallian/WOW iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.


Rock Kapak: Rahsia Tapi Nyata

Handy Black - Mahound Dunia

lagu dari album kedua Handy Black berjudul Tangan Hitam. keras gila album ni. kebanyakkan lagu dalam album 'diharamkan' penyiarannya di radio akibat cara nyanyian yang keras. Handy Black dianggotai oleh Isa Rahman, Rosli, Bad dan Amy.

Garuda - Rahsia Tapi Nyata
Isa Rahman meneruskan perjuangan bersama kumpulan Garuda. kali ini bersama Zaini, Man Tobey dan Yem Sambora. sayangnya kumpulan Garuda hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja. Album terbitan Samad (Lefthanded) yang berjudul Bahtera Mahkota ini boleh dikatakan mantap dengan barisan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal antaranya ramli sarip, rosli ali, man kidal, m nasir, yan dan samad sendiri.

Okid - Khilaf
tak banyak yang gua ingat pasal kumpulan ni. mereka cuma sempat merakamkan sebuah album sahaja pada tahun 1992. lagu popular mereka berjudul Derita yang mengisahkan penderitaan terhadap kanak-kanak. lain kali gua letak lagu tu. kali ini dengarkan dulu lagu Khilaf ciptaan Awang BPR.

Tag:

Rock Kapak: Syurga Di Hujung Jarum

Sofea - Syurga Di Hujung Jarum

Tak sah rasanya bergelar rockers kat Malaysia kalau tak dengar lagu SYJ SOFEA ni. lagu ni dari album ketiga Boneka Pentas.

Riyadh - Hanya Ketenangan

sedih, sayu dan pilu mendengar lagu ini. Inilah antara lagu-lagu terakhir nyanyian Akhil semasa menjadi penyanyi rock (kini bergelar Ust Akhil Hayy Rawa). lagu dipetik dari album Media 88-89. memang layan album ni. sampai sekarang ramai yang masih mencari-cari semula.

Zodiak - Bintang Hati


kumpulan Zodiak dari Kelantan ini cuma dapat menghasilkan sebuah album sahaja bertajuk Bintang Hati pada tahun 1989. kebanyakkan lagu dan lirik dalam album ini ditulis oleh vokalis mereka sendiri iaitu Nik Azlie.

Desire - - + x /

sebuah lagi kumpulan tersohor dari Kelantan. lagu ini dipetik dari album kedua mereka yang juga menggunakan tajuk - + x /. album ini popular dengan lagu Bias Cinta. dah selalu sangat dengar lagu Biasa Cinta tu kan... so kita layan lagu ni plak! gua minat kumpulan Desire ni sebab muzik mereka yang keras pada masa itu.

Tag:

Rock Kapak: Mengukir Impian

Keno - Mengukir Impian

Kumpulan Keno diketuai oleh Man Greng (ex-bassist Gersang). Lagu ni popular pada tahun 1992. Gitaris kumpulan pula adalah Kiya (ex-gitarist Vagrant). Album sulung Keno ini diterbitkan oleh Man Greng sendiri sementara Rahim Maarof bertindak sebagai penerbit vokal.


Lord Justice - Cinta Berakhir

Lagu ni pernah dinyanyikan oleh Ella &The Boys. dinyanyikan semula oleh kumpulan Lord Justice yang mana gitarisnya adalah Lord sendiri (gitaris kumpulan Ella & The Boys). Vokalis Lord Justice ialah Atie (Moshek)


Tag:





Rock Kapak: Terkunci Dalam Sengsara

Jitu - Terkunci Dalam Sengsara

Sebuah lagu yang popular pada pertengahan tahun 1991. tak banyak yg gua tahu pasal kumpulan ni tapi lagu mereka ini kerap diputarkan dicorong-corong radio pada masa itu. Lagu Terkunci dalam sengsara ini dipetik dari album Jitu berjudul Etika Masa.


Melissa - Kesan Cinta

Album pertama Melissa ni keluar tahun 1990 berjudul Pendirian. dah hujung-hujung camtu lah. sebab tu lagu diaorang top masa 1991. lagu yang first sekali keluar radio masa tu ialah Cinta Untuk Nabila. tapi kenapa gua tak letak lagu cinta untuk nabila kat sini??? sebab lagu slow rock dalam album Melissa ni semua sedap-sedap. selain Kesan cinta ni ada lagu Lambaian Sayonara dan Wajahmu Di Mataku. Keseluruhannya 4 lagu slow rock dalam album semuanya biasa dimainkan oleh dj-dj radio pada masa tu dan album ni boleh dikatakan berjaya.

CRK - Kita Yang Bernama Manusia

CRK adalah sebuah kumpulan yang popular sekitar tahun 1991. Hingga sekarang lagu mereka Cita Dan Airmata masih lagi berhantu dan terus diminati. tapi hari ni gua nak perdengarkan satu lagi lagu yang turut dimuatkan dalam album sulung CRK berjudul Anugerah.
CRK dianggotai oleh Kamal (vokal), Syam (gitar), eddie (bass), Syamrani (keyboard) dan Ujang (drum). kalau dapat dilihat Syam adalah bekas pemain gitar kumpulan Wings dalam album Belenggu Irama.

Tag:

Rock Kapak: Bila Kasih Menyepi

Hattan - Memburu Rindu

Lagu ni dari album solo pertama Hattan tahun 1991. sebelum tu hattan pernah bersama kumpulan FRU. lagu top masa tu Di hari mindaku terbuka. selalu keluar radio lagu tu. tapi lagu memburu rindu ni mmg best gila. kalau tak masakan dapat masuk ke Juara Lagu tv tahun tu. album hattan ni keluar saing-saing dengan album UG14. gua pun serba salah nak beli yang mana satu. dengar lagu bunga larangan tu pun tak kurang hebatnya. sempadan sempurna, impian terluka... tapi last-last gua beli album hattan. tak rugi rasanya sebab banyak lagu best dalam album ni. sampai sekarang gua masih simpan lagi album hattan ni sebagai kenang-kenangan.

Kejora - Bila Kasih Menyepi

Tak dapat gua nafikan, inilah antara lagu yang popular tahun 1990. selalu bersaing dalam carta-carta lagu di radio. Antara saingan masa tu ialah lagu-lagu ekamatra dan lagu eddie hamid (segalanya telah berakhir).


Projek - Firasat Kasihku


Lagu ni tahun 1990 gak. album kedua kumpulan Projek. bagus album ni. lagu semua sedap-sedap. tak rugi beli. mesti korang ingat lagi kat lagu ni kan. kat bawah ni gambar ahli kumpulan Projek.


Tag:

Selamat Datang Ke Blog ROCKGEMPAK

ROCKGEMPAK merupakan sebuah laman web lagu rock kapak yang menghidangkan lagu lagu rock 80an dan 90an untuk pendengaran lu orang. Semua lagu lagu rock kapak yang terpilih dan terbaik boleh lu orang dapati di sini. Selain dari mendengar gua cuba untuk memberi sedikit sebanyak info tentang lagu atau artis tersebut. Harapan gua ianya akan mengimbas semula ingatan kita pada lagu lagu rock kapak 80an dan 90an ini. Jika lu orang berminat untuk mencari lagu di internet, web ini juga menyediakan pautan pautan link ke beberapa laman web download lagu. Khususnya lagu lagu rock.
Kekalkan kesetiaan lu orang bersama RockGempak kerana laman web ini akan sentiasa dikemaskini dengan penambahan lagu lagu rock kapak pujaan lu orang. Hidup Rock Kapak

Tag: