Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Bila Bulan Berwarna Biru

Nobat/SOS - Ke Pangkal Impian
kumpulan yg berasal dari Kelantan ini merupakan pecahan dari kumpulan Desire dan Zodiak. dianggotai oleh Eury Khan (vokal), Shah (gitar), Limi (bass) dan Bidin (drum). Melahirkan album sulung pada tahun 1991 berjudul Ketam Ketam Batu dengan menggunakan nama Nobat. Akibat daripada teguran beberapa pihak mereka terpaksa menukar nama kepada SOS.


Vagrant - Kerana Takdir
salah satu antara kumpulan yang berasal dari Sarawak. dianggotai oleh Baha (vokal), Kiya (gitar), Yen (bass) dan Den (drum). album sulung Vagrant pada tahun 1991 turut mendapat sambutan kerana menampilkan lagu-lagu yang menarik antaranya Kerana Takdir, Adakah Cinta Lagi dan juga lagu Kau dan Aku. best betul dengan suara vokalis ni. ada iras-iras Scorpion skit. sound gitar Kiya pun best gak. Kiya juga pernah menjadi gitaris untuk kumpulan Keno. selain itu juga beliau pernah menerbitkan beberapa album antaranya album pertama kumpulan Mercury (Hanya Keranamu)


Arab & Aidit - Bila Bulan Berwarna Biru
tak perlu diperkenalkan lagi. gabungan AA (Arab dan Aidit) dalam album AA (Anak Alam) telah menghasilkan lagu popular BBBB (Bila Bulan Berwarna Biru), antara salah satu popular tahun 1991. lagu ciptaan Shamsudin Sidek ini sering kedengaran di corong-corong radio dan mendapat kedudukan teratas dalam carta-carta pilihan radio pada masa itu. malahan hingga kini lagu ini masih lagi diminati. kedua-dua mereka juga masih lagi aktif sehingga kini. Arab sering menjadi penyanyi undangan bagi kumpulan Lefthanded, mencipta lagu, selain bekerja dengan salah sebuah syarikat rakaman tempatan. Manakala Aidit Alfian pula giat mencipta lagu dan menulis lirik untuk penyanyi-penyanyi tempatan.


No comments: