Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Juara Juara Rock 2

May - Derita Bangsa
sapa yang tak kenal kumpulan MAY. sampai sekarang pun masih lagi aktif. kumpulan yang berasal dari kampung Manjoi, Ipoh mula dikenali dalam siri album Juara-Juara Rock ni. dianggotai oleh Mus, Man, Abu dan Yus, mereka menceburi dunia seni ini setelah melihat kejayaan yang dikecapi oleh rakan sekampung mereka iaitu kumpulan SYJ. dalam album siri kedua ini MAY menyanyikan lagu Derita Bangsa dan Bayangan Hidup.

D'Febians - Roda Penghidupan
D'Febians, kemudiannya menukar nama kepada Febians. kumpulan yang pada masa ini sering dikaitkan dengan kumpulan Amuk (yeah yeahhh!!). walaupun ramai yang menyedari Bandi amuk adalah bekas penyanyi kumpulan Febians namun Bandi masih lagi tetap dengan 'no komen'. so gua pun malas lah nak komen apa-apa. tapi yang pasti Nashabandi Jumat ni adalah seorang penyanyi rock yang mempunyai mutu nyanyian yang baik. dalam album siri kedua ini D'Febians menyanyikan lagu Roda Penghidupan dan Kehilangan.


Metallian - Segala Untukmu
lagu slow yang paling gua minati dalam album ni. nyanyian Thana, vokalis kumpulan Metallian. selepas siri album Juara-Juara Rock, Metallian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti. setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan kumpulan WOW yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. gitaris Metallian/WOW iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.


5 comments:

Sayyid Al-Kasturi said...

cuba ko post banyak sikit...lagu illusi sebuah mimpi (bloodshed), kuasa (scandals), jentera pemusnah (belantara), kingdom in rock etc...

rockgempak said...

skit2 lama jadi bukit. :)

cLina BeLedZa said...

sukenyer dapat dgr lagu metallian..

sk8edge said...

nanti kami akan buat web site khas rock yg baru..ni lain pada Lagenda Rock yang bangang tu...lagu mp3 leh download free..tak ada org nak saman punya..tak da sap anak tuntut..we know the rules...hahahaha

deaf-angel said...

salam
hi semua saya orang baru, carik2 pakai search engine " juara juara rock ", jumpa blog ni. I love it. Best. Teringat eh zaman dulu2... Keep it up. Anyway saya baru scan jugak gambar2 Juara Juara Rock, gi blog aku nak nengok http://deaf-angel.blogspot.com/
harap awak update blog awak soon k pasal rock2 ni semua hehee.