Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Juara Lagu 1991 (part 1)



Malam Anugerah JUARA LAGU 1991 pasti tidak lekang dari ingatan para peminat muzik rock tempatan. Pada tahun itu persaingan rata-rata semua dikalangan kumpulan-kumpulan muzik rock. Kumpulan yang layak bertanding di peringkat akhir adalah Dinamik, Masa Scarecrow, Black Rose, Laksamana, Damasutra, Olan, Kris dan Mega. cuma 3 orang sahaja artis solo yang layak pada malam itu. 3 orang itu juga dari genre muzik rock iaitu Hattan, Ella dan Shima. ternyata ROCK menguasai pertandingan JUARA LAGU 1991 pada malam itu. Pertandingan telah dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada penghujung bulan Disember, 1991.

Klip video di atas memaparkan petikan persembahan artis-artis yang bertanding pada malam itu.


4 comments:

cLina BeLedZa said...

kalau bleh letak sumer juara lagu time zaman rock dulu..mmg ari2 la aku bukan blog ko nikh..huhu..

Alif Azhar said...

thanks brader.
sllnya klu preview JL khas tuk rock mesti JL 91.
brader ada JL 90?
Kalau ada kasi upload la brader.
gua nak tgk perfomance xpdc masa tu.

_iNdAh-AZaLeA___ said...

best nyer..teringat Masa Scarecrow tu sampai terlompat bila sing..anyway..upload la semua full version..! Mesti gempak!!

Unknown said...

lagu rock 90an memang gempak....