Pages

Terkini



Rock Gempak

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang best. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berubah, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi minat ramai. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang menjadi pujaan gua ketika itu.

Rock Kapak: Babylon - Metalfire

Babylon - Metalfire

Lagu berbahasa inggeris ini dipetik dari album sulung Babylon pada tahun 1990. Album yang diterbitkan oleh M Nasir ini berkonsepkan heavy metal. Kumpulan Babylon diterajui oleh pasangan kembar iaitu Hussein (vokalis) dan Hasan (gitaris). Mereka turut disertai oleh Kamal (bassist) dan Naha (drum). Lagu ini hasil ciptaan Hasan dan Hussein sementara lirik ditulis oleh Arabi. Terdapat sebuah lagi lagu berbahasa inggeris dalam album ini iaitu Fight For Freedom.

Dinamik - Pesanan

Lagu ini dipetik dari album sulung Dinamik berjudul Revolusi Mental pada penghujung tahun 1990. Album ini diterbitkan oleh Afzainizam dan diedarkan oleh NSR. Lirik lagu yang membawa mesej agar kita menghargai jasa kedua ibu bapa ini antara lagu yang popular dalam album ini. Kumpulan Dinamik dianggotai oleh 4 orang pemuzik dari Pahang Darulmakmur iaitu Norin, Nan, Jeff dan Lie. Sementara vokalis mereka, Nai berasal dari Sarawak.

Febians - Senjata Zaman

Senjata Zaman dipetik dari album ketiga Febians berjudul Satu Antara Sejuta. Album ini banyak memuatkan lagu-lagu yang lebih berat dari album-album Febians sebelumnya. Kumpulan berasal dari Johor ini dianggotai oleh Nasha, Aziz, Sham, Yan dan Harun. Dan jika diamati lagu ini telah diberi nafas baru oleh kumpulan Amuk dengan tajuk Nana dalam album Amuk - Hakikat.

Tag:

Suka Entri Ini?

0 comments: