Rock Gempak
Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang best. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berubah, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi minat ramai. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang menjadi pujaan gua ketika itu.
Rock Kapak: Iklim - Suci Dalam Debu
Berikut beberapa buah lagu Iklim yang menjadi pujaan aku satu ketika dulu hingga ke hari ini. Terlalu banyak sebenarnya lagu Iklim yang best. Sukar untuk aku membuat pilihan.
Iklim - Suci Dalam Debu
Lagu yang mula menaikkan nama Iklim dalam persada hiburan tanahair. Dipetik dari album sulung Satu Kesan Abadi. Ciptaan Wan Zul dan lirik oleh S Amin Shahab. Tempat kedua Juara Lagu 1990.
Iklim - Hakikat Sebuah Cinta
Sebuah lagi lagu berhantu dalam album sulung Iklim. Lagu dicipta oleh Azam lirik oleh Zurain.Kekuatan lagu ini boleh dikatakan seimbang dengan Suci Dalam Debu.
Iklim - Sandiwara Cinta Semusim
Turut dipetik dari album sulung Iklim. Lagu ini ciptaan Syed Amran iaitu adik kepada Siso. Sementara lirik pula oleh Wan Zul.
Iklim - Bulan Jatuh Ke Riba
Lagu dari album kedua Iklim pada tahun 1991 yang turut menggunakan tajuk lagu ini. Ciptaan Nur Ehsan lirik oleh Zurain.
Iklim - Selamat Tinggal Penderitaan
Turut dipetik dari album kedua Iklim. Ciptaan Wan Zul lirik oleh S Amin Shahab. Lagu ini juga mempunyai versi Indonesia untuk tujuan promosi di sana.
Iklim - Bukan Aku Tak Cinta
Dipetik dari sebuah album kompilasi Iklim pada tahun 1993. Lagu dicipta oleh Adinda Amiro. Lagu ini mendapat sambutan hangat di Indonesia dan pernah juga dinyanyikan oleh penyanyi dari sana.
Tag: rock gempak lagu rock lirik lagu rock iklim saleem iklim suci dalam debu bukan aku tak cinta
Suka Entri Ini?


0 comments:
Post a Comment