Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Febians - Demi Cinta Ini

BPR - Setitis Madu


. Lagu Setitis Madu hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Wanafiso.
. Dipetik dari album ketiga BPR berjudul Kelab Jiwa Luka pada tahun 1990.
. Album diterbitkan oleh M Nasir sementara Awang BPR bertindak sebagai penolong penerbit.
. Album ini juga turut memperkenalkan Haron BPR sebagai anggota baru BPR.
. Anggota BPR terdiri daripada Joey (vokal), Awang (gitar 1), Haron (gitar 2), Enal (drum) dan Yem Bai (bass).

Febians - Demi Cinta Ini


. Lagu Demi Cinta Ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Febians sendiri iaitu Nasha.
. Dipetik dari album kedua Febians yang berjudul 1001 Malam pada tahun 1989.
. Album diterbitkan oleh Surya Booty dan dirakamkan di studio Booty Boys.
. Anggota Febians untuk album ini terdiri dari Nasha (vokal), Aziz (gitar), Yan (gitar), Sham (drum) dan Harun (bass)

Iklim - Patah Ranting Di Cermin Usia


. Lagu Patah Ranting Di Cermin Usia adalah salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi Iklim berjudul Dunia Iklim pada tahun 1993.
. Lagu ini hasil ciptaan Annmas dan lirik oleh Nur Ehsan.
. Album ini turut menampilkan lagu hits Bukan Aku Tak Cinta serta beberapa lagu menarik antaranya Dunia (duet Saleem bersama Umarul), Mimpi Yang Hilang (versi baru) serta Selamat Tinggal Penderitaan (versi antarabangsa).
. Album ini masih mengekalkan Wan Zul sebagai penerbit untuk album-album Iklim.
. Anggota Iklim terdiri daripada Saleem (vokal), Umarul (gitar), Huzali (keyboard), Mohalim (bass) dan Kama (drum)

4 comments:

trimatra said...

A'kum Bro2 Rock semua..
sya minat sangat lagu2 rock kapak ni sampai buat videosite sendiri...kalau nk layan pegi kt http://www.vidbrowse.com ade lebih kurang 200 lagu dri kumpulan rock zaman 80'an..

pch said...

geng rock lama2 tetap jadi pujaan..
hehe



EBOOK PERCUMA : KOLEKSI KORD GITAR LAGU MELAYU <-- KLIK SINI LERR..

jiman joekid said...

Salam. Bro, berkenaan kumpulan Febians. Vokalis Nasha dan Bandi ni orang yg sama lah yer..? sekadar inginkan kepastian. Tk

http://comesing.blogspot.com

lee56 said...

luv ROCK KAPAK 4ever....