Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Febians - Demi Cinta Ini

BPR - Setitis Madu


. Lagu Setitis Madu hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Wanafiso.
. Dipetik dari album ketiga BPR berjudul Kelab Jiwa Luka pada tahun 1990.
. Album diterbitkan oleh M Nasir sementara Awang BPR bertindak sebagai penolong penerbit.
. Album ini juga turut memperkenalkan Haron BPR sebagai anggota baru BPR.
. Anggota BPR terdiri daripada Joey (vokal), Awang (gitar 1), Haron (gitar 2), Enal (drum) dan Yem Bai (bass).

Febians - Demi Cinta Ini


. Lagu Demi Cinta Ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Febians sendiri iaitu Nasha.
. Dipetik dari album kedua Febians yang berjudul 1001 Malam pada tahun 1989.
. Album diterbitkan oleh Surya Booty dan dirakamkan di studio Booty Boys.
. Anggota Febians untuk album ini terdiri dari Nasha (vokal), Aziz (gitar), Yan (gitar), Sham (drum) dan Harun (bass)

Iklim - Patah Ranting Di Cermin Usia


. Lagu Patah Ranting Di Cermin Usia adalah salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi Iklim berjudul Dunia Iklim pada tahun 1993.
. Lagu ini hasil ciptaan Annmas dan lirik oleh Nur Ehsan.
. Album ini turut menampilkan lagu hits Bukan Aku Tak Cinta serta beberapa lagu menarik antaranya Dunia (duet Saleem bersama Umarul), Mimpi Yang Hilang (versi baru) serta Selamat Tinggal Penderitaan (versi antarabangsa).
. Album ini masih mengekalkan Wan Zul sebagai penerbit untuk album-album Iklim.
. Anggota Iklim terdiri daripada Saleem (vokal), Umarul (gitar), Huzali (keyboard), Mohalim (bass) dan Kama (drum)

Rock Kapak: Projek - Ain Zubaidah

Setelah sekian lama menyepi, Rockgempak kini kembali dengan update terbaru dan info-info ringkas. Lagu-lagu rock kapak 80an dan 90an yang popular dan terbaik. Terima kasih kerana memberikan sokongan dan selamat terhibur.

Urgent - Khilaf


. Khilaf hasil ciptaan Lan Hashim dan lirik tulisan Sani Sudin.
. Dipetik dari album pertama Urgent berjudul Wajah Mistikal. Album terbitan M Nasir pada tahun 1988.
. Anggota kumpulan terdiri daripada Azhar (vokal), Lan Hashim (gitar), Joe (gitar), Amir (drum) & Shah (bass)
. Lan Hashim merupakan pemain gitar utama kumpulan Gamma yang muncul pada tahun 1990.


Projek - Ain Zubaidah


. Ain Zubaidah merupakan sebuah lagu berirama padang pasir hasil ciptaan Sheikh Amirul dan lirik tulisan Zurain.
. Dipetik dari album sulung kumpulan Projek yang berjudul Ain Zubaidah pada tahun 1989.
. Album telah diterbitkan oleh Usop dan Sani Sudin (Kopratasa)


Spring - Sejiwa (versi asal)


. Sejiwa ciptaan Adi Jagat dan lirik tulisan Azida NS. Azida NS juga turut dikenali dengan nama Zurain yang merupakan seorang dj radio popular iaitu Ainol Jamal Zainal.
. Menjadi pencalonan rancangan Muzik Muzik 1991 namun gagal ke peringkat akhir.
. Dipetik dari album sulung Spring yang turut menggunakan nama Spring sebagai tajuk album. Terbitan Sony Music pada tahun 1991.
. Album diterbitkan oleh Umarul Mahdzar (pemain gitar kumpulan Iklim)
. Anggota kumpulan terdiri daripada Aming, Iskandar, Zaha, Yunus dan Acong.


Teja - Kenangan Semusim Cinta


. Kenangan Semusim Cinta ciptaan Aceh dan lirik oleh Loloq.
. Dipetik dari album sulung Teja yang menggunakan nama Teja terbitan ROP pada tahun 1991.
. Diterbitkan oleh Rahim Othman.
. Generasi rock didikan Rahim Othman selepas pembubaran kumpulan Gersang
. Anggota kumpulan terdiri daripada Shed, Zul, Empy, Yed dan Lan