Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Rock Kapak: Realiti Dan Fantasi

Crossfire - Fatamorgana
kumpulan heavy metal berasal dari Muar, Johor ini melahirkan album sulung mereka berjudul Fatamorgana pada tahun 1988. mendapat sambutan yang hangat dengan keudaranya lagu berhantu mereka Realiti dan Fantasi. album terbitan Samad Lefthanded ini sememangnya sarat dengan barisan lagu yang mantap antaranya Fatamorgana, Hidup Satu, Batu Bersurat, Setelah Kau Tiada. Crossfire dianggotai oleh Aim (vokal), Burn (gitar), Yuss (gitar), Yass (bass) dan Fiq (drum)

Crossfire - Lagenda Gunung Ledang
tahun 1990, Crossfire muncul pula dengan album Erosi. inilah album terbaik Crossfire pada pandangan peribadi gua. dengan barisan lagu-lagu yang cukup menyerlah. masih mengekalkan anggota yang sama, album kali ini menggunakan khidmat Khalid Mobin (Rusty Blade) sebagai penerbit. namun penjualan album ini agak 'slow' di pasaran hingga menyebabkan ura-ura Crossfire akan 'dibubarkan'. apatah lagi dengan penghijrahan Yass dan Fiq ke dalam kumpulan RIO pada tahun 1992.


Crossfire - Generasiku

'sekian lama menghilang dan kini kami kembali beraksi'.. itu lah ungkapan dari Crossfire dengan kemunculan album ketiga mereka berjudul Metonimia pada tahun 1993. album terbitan Crossfire sendiri ini mendapat khidmat Yem Sambora selaku pemain drum. Yem Sambora sebelum itu adalah pemain drum kumpulan Garuda. walaupun keseluruhan album ini boleh dikatakan cuma sederhana sahaja namun ianya cukup bermakna buat peminat-peminat Crossfire.

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

Salam rock gempak. Aku suka betul ko buat blog tentang kumpulan-kumpulan rock masa lalu. Aku harap blog ni terus di update selalu dengan isi-isi yang lebih mantap tentang rock band dulu-dulu. Aku dah link blog ni dari blog aku. So, good luck! :-)